Dalam perbincangan yang dilakukan di rumah antara

Dalam era dunia yang sedang membangun ini, negara memerlukan generasi-generasi muda yang mempunyai usaha dan pemikiran yang kreatif dalam membuat segala keputusan mahupun pengeluaran hasil negara. Golongan-golongan remaja pada zaman sekarang ini yang akan membantu negara atau dengan kata lain menjadi aset negara yang penting untuk membantu negara membangun dengan pesat serta dapat bersaing dengan negara-negara maju yang lain. Oleh sedemikian, golongan remaja ini perlu dibentuk dengan baik dari segi pendidikannya bermula hari ini untuk menjadikan mereka seseorang individu yang berguna pada masa hadapan. Merujuk kepada (Azizi Yahya Y. B., 2008) mengatakan bahawa gaya keibubapaan adalah salah satu faktor yang menyebabkan pelajar atau remaja memperolehi keputusan peperiksaan yang diambil oleh mereka. Oleh sebab itu, gaya keibubapaan autoritatif merupakan satu gaya yang sangat penting dan sesuai untuk diamalkan untuk mendidik para remaja dan menjadikan satu impak untuk para pelajar mendapat keputusan yang baik.Menurut (Zulkifli Abd. Hamid, 2011) mendapati bahawa tahap ibu bapa dalam penglibatan di rumah dari segi proses perbincangan antara para pelajar dengan ibu bapa mereka adalah berada pada tahap yang moderate. Ini mendapati bahawa perbincangan yang dilakukan di rumah antara ibu bapa dan para pelajar perlu diperbaiki dan dipertingkatkan lagi. Selain itu, menurutnya lagi ibu bapa juga kurang berkongsi sesuatu maklumat yang telah dibaca dan diperolehi serta tidak banyak membantu para pelajar dalam memperbetulkan kesalahan-kesalahan yang dilakukan juga tidak membantu dalam melakukan kerja-kerja sekolah. Ibu bapa perlulah memainkan peranan penting apabila berada di rumah kerana adalah merupakan tanggungjawab ibu bapa untuk memantau pendidikan anak-anak ketika di rumah. Anak-anak berkemungkinan akan berasa ibu bapa tidak memberikan apa-apa sokongan dan kata-kata positif untuk mereka dalam melakukan sesuatu perkara dan akan menyebabkan penurunan dalam penghargaan kendiri mereka serta akan mengakibatkan anak-anak tidak mempercayai terhadap diri sendiri. Dalam melihat hubungan antara gaya keibubapaan yang telah digunakan oleh ibu bapa ketika berada di rumah dan penglibatan dalam perlakuan anak-anak mereka seharian tidak mempengaruhi salah laku mereka di sekolah. Ibu bapa merupakan adalah individu yang paling akrab dengan anak-anak dan guru-guru merupakan individu kedua yang mempunyai penglibatan secara langsung dengan para pelajar selepas ibu bapa. Ibu bapa perlu mempunyai hubungan yang lebih rapat dengan anak-anak mereka terutamanya melalui komunikasi malah ibu bapa dengan anak-anak juga perlu berkongsi pandangan masing-masing serta mengambil berat tentang perkembangan dan kekurangan anak-anak (Azizi Yahya, 2012).Personaliti juga merupakan antara faktor yang penting dalam meningkatkan penghargaan diri para remaja. Sekiranya dilihat dengan lebih jelas, remaja-remaja yang mempunyai perkembangan yang baik adalah seseorang yang mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi. Menurut (Azmin, 2010) Remaja yang mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi kebanyakannya mempunyai personaliti yang Extraversion merujuk dalam Big Five Inventory (BFI) yang menyebabkan seseorang remaja itu mempunyai personaliti yang baik dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.Remaja yang mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi ini kebiasaannya adalah seorang positif dan mereka mempunyai matlamat dalam hidup mereka tentang perkara yang mereka kehendaki, mempunyai kawan yang ramai dan mudah bergaul mesra (Bee, 1981). Remaja yang kurang bergaul dengan orang ramai berkemungkinan mempunyai penghargaan kendiri yang rendah dan merasakan dirinya tidak layak untuk bergaul dengan orang disekelilingnya dan hal ini akan menyebabkan penghargaan kendiri remaja yang mempunyai jenis personaliti ini akan berkurang.